Bercuti di Pulau Perhentian (Day2 & 3)


Hai. Entry kali ini ialah sambungan hari kedua percutian kami ke Pulau Perhentian.

Day 2

Pagi hari kedua ni aku orang pertama bangun pagi, eksaited sangat macam tu lah. Bangun pun sebab terdengar bunyi azan dari masjid, celik je mata terus masuk toilet, yelah ramai nak guna kan, so kena cepat2. Then pagi tu kitorang breakfast dulu. Depan tempat kitorang stay tu ada banyak kedai makan, ala2 food court. Ada macam2 makanan, nasi dangang, nasi lemak, nasi kerabu dan roti canai. Harga untuk nasi dalam RM7-8. Disebabkan pagi tu taknak makan berat takut senak perut time snorkeling tu nanti, aku pilih roti canai je, sekeping dengan teh o suam. Overall aku makan pagi tu RM3 je.

Then, jam 9.30 pagi kitorang berkumpul kat jeti. Sebenarnya snorkeling start pukul 10am, tapi sebab takde nak buat ape2 pagi tu, kitorang lepak kat jeti je. Snap gambar banyak2 sambil tengok suasana jeti yang meriah dipenuhi dengan pelancong lain dan orang kampung.

Oh ye, untuk snorkeling ni kitorang upah snorkeling guide kitrorang untuk tangkap gambar underwater dengan menggunakan gopro milik dia. Mulanya ingat nak sewa underwater camera tapi disebabkan harga nak sewa tu lagi mahal dari harga upah photographer ni, so kitorang pun suruh dia je yang tangkapkan gambar kitorang. Harga sewa underwater camera ialah RM100, kalau minta dia tangkapkan gambar pula RM70. So lagi berbaloi-baloi sebab tak payah susah2 kitorang nak pegang kamera. (of course, ni tak masuk dalam pakej ye)

Snorkeling trip ni dia bawa kitorang pergi 5 points;

1. Tiga Ruang

Tempat pertama yang kitorang pergi, basically ada coral dan ikan2 berenang-renang. Kalau nak ikan tu kerumun korang, bawak makanan iaitu roti dan korang boleh rasa seronoknya bila dikerumuni ikan2 comel.

2. Turtle Point

Point kedua ni takde banyak coral sangat. Cuma ada penyu. Penyu ni main kat area ni je, so jadilah aku first time tengok penyu, haruslah teruja.

3. Shark Point

Tempat ni pulak ada shark. Shark ni jinak ye, bukan jenis yang membaham manusia macam kat oversea tu. Saiz shark ni takdelah sebesar saiz manusia, kecik je. Dan shark ni berenang laju, sekali dia lalu, belum sempat nak tengok puas2 dia dah lesap. Adeh. Lepas shark point ni kitorang rehat dari pukul 12.30 sampai pukul 3 pm. So solat, makan dan rehat then sambung snorkeling balik.

4. The Light house

Sebelah petang kitorang pegi light house ni. Coral kat sini memang cantik sangat2 kalau nak compare dengan tempat yang sebelum ni. So ni macam tempat wajib untuk turun sekalipun tak larat ke, kena laratkan jugak.


5. Romantic Beach

Dan yang terakhir ialah romantic beach. Tak tahu kenapa dia panggil romantic, mungkin sebab ada pantai yang cantik untuk lepak dan kalau yang newly wed bolehlah dating kat tepi pantai tu, cantik sesangat. Untuk orang single macam aku ni, terjun je terus dalam air tu, ada banyak rumah ikan nemo tapi coral kat sini tak banyak sangat. Dan sebab kitorang kamcing ngan snorkeling guide kitorang tu, minta dia ajar diving sikit2. So jadilah aku selam ke dasar. First time beb!

Kat Romantic Beach, banyak rumah nemo kat sini. 

Dalam pukul 5.30 camtu kitorang pun gerak balik. Aku naik jeti je terus pecut masuk bilik sebab xnak berebut toilet. Aku tak tahan sejuk so taknak tunggu toilet lama2. Lepas siap bersih2 semua, aku gi jalan tepi pantai, ada jalan2 kat kawasan rumah orang kampung kejap, pastu lepak and relax.

Malam tu macam biasa, kerja kitrorang lepak kat kedai makan, borak, tidur.

Comelkan nemo ni. 

Snorkeling guide kitorang.


Day 3

Hari terakhir kat sini. Sedih sangat ni, rasa nak tinggal selama-lamanya kat sini boleh x. Terpaksalah move on. Pagi tu lepas solat subuh, siap2, jalan2 sekitar kawasan masjid and pantai. Snap gambar lagi, then breakfast. Dah tu kemas barang2, tunggu boat pulak,boat kitorang bertolak pukul 10am.

Sampai kat jeti Kuala Besut dalam pukul 11 tengah hari. Kalau nak tahu dekat jeti ni ad jual cenderamata macam key-chain, t-shirt, etc. Boleh beli sebagai kenangan or hadiah, tapi aku memang tak beli lah. Aku pandang je.

 Time ni sebab kitorang nak jimat so kitorang plan nak naik bas dari terminal bas Kuala Besut ke Kota Bharu. Dari jeti nak ke terminal bas tu jarak dia agak jauh kalau nak jalan kaki, maybe 15 minit. So kitorang minta member kitorang yang bawa kereta tu bawa kitorang berenam yang datang dari KB untuk pergi terminal bas. Lima minit jadi tujuh ekor sardin dalam kereta. Pun boleh, dah nama pun bajet.

Bila sampai terminal bas, terus tanya tiket kat kaunter. Orang tu cakap tunggu je bas nombor 639 ke KB kat bus stand tepi jalan. Bas maybe datang pkul 12.30pm. So sementara tu kitorang jalan2 sekitar terminal bas. Time tu hari Jumaat,ada pasar so banyaklah makanan especially makanan2 pantai timur yang aku tak pernah dengar pun aku try. Thanks to kawan aku yang asal KB tu banyak memperkenalkan makanan2 kat sana. Dan kat area terminal bas tu pulak ada supermarket and hotel bajet.    



Sampai jugak bas ni.

Tunggu bas dah nak pukul 1pm baru bas datang. Tambang bas RM6 je. Perjalanan dalam sejam sebab bas ni ada berhenti sekejap2 dia ambil dan turunkan penumpang. Dalam pukul 2pm kami sampai di terminal bas KB. Perjalanan diteruskan ke masjid dulu untuk solat. Then pergi ke Pasar Siti Khadijah, membeli apa yang patut untuk bawa balik KL. Tepat pukul 4pm, kitorang start cari teksi untuk gi airport sebab flight fitorang pukul 5.30pm. Tambang teksi dari Pasar Siti Khadijah ke aiport ialah RM35 sebab kitorang naik lima orang. So bahagi 5, sorang RM 7. Dengan cara ni kitorang jimat RM10 berbanding sewa van.

Kos percutian :

1. Tiket flight (return) = RM128
2. Pakej 3H2M (tiket bot return + penginapan + snorkeling trip) = RM190
3. Makan = RM 50 (average skali makan dalam RM8)
4. Tambang van dari airport ke jeti= RM 140 (RM23.333 seorang)
5. Tambang bas + teksi (balik)= RM15/ seorang
6. Trip kincir angin = RM 70 (RM7.80/seorang)
7. Upah photographer= RM70 (RM7.80/seorang)

Total seorang= RM421.90

*Tips nak lagi jimat, makan bawa sendiri dari rumah atau masak. Kamera pulak tak payah upah photographer, beli waterproof bag untuk hp, boleh snap pic underwater banyak2, beli tiket flight time ada promo dan kalau boleh pegi ramai2, boleh share2 duit untuk tambang.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman bercuti di Pulau Perhentian (Day 1)